Tuesday, January 21, 2014

Sup Cendawan bersayur-sayuran



Resepi Sup Cendawan bersayur-sayuran
3 paket cendawan tiram ( paket yang kecil )
1 biji karot ( di hiris memanjang )
sedikit hirisan kobis
2 paket fishball
200 g isi ayam ( di potong kecil2 )
3 biji bawang merah ( ditumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
2 sudu teh lada putih  (ditumbuk )
daun bawang
daun sup
sedikit minyak  untuk menumis
air secukupnya
kiub ayam, garam secukupnya.

Cara penyediaaan
1.  Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan isi ayam.
2. Masak hingga kecut kemudian masukkan air secukupnya untuk sup.
3. Bila mendidih masukkan sayur-sayuran, fishball, dan cendawan tiram.
4. Sesuaikan rasa bolehlah diangkat. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan daun sup

Apa itu Cendawan?

Apa itu cendawan
Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan mengandungi protein, vitamin dan zat-zat galian seperti Kalsium dan Posforus.
..
Cendawan yang dikenali ramai ialah cendawan butang (Agaricusbisporus), iaitu cendawan yang berbatang pendek dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping.

..
Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan.
..
Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Terdapat juga cendawan yang beracun.

..
Cendawan boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di dalam pasaran.
..
..
Cendawan
..
  • Sejenis fungi
  • Didefinisikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan
  • Tumbuh dalam pelbagai habitat bergantung kepada jenis spesis
  • Makrofungus yang mempunyai bahagian badan yang berbuah samada berada diatas tanah (epigeous) ataupun di bawah tanah (hypogeous)
  • Saiznya besar, boleh dilihat dengan mata dan dipetik menggunakan tangan
  • Cendawan terdiri daripada miselium, cawan, batang, cincin, lamela, topi danspora
  • Kebiasaannya cendawan berbentuk payung yang mana mempunyai batang dantopi seperti lentitula edodes
  • Bentuk cincin: Agaricus Bisporus
  • Bentuk cawan: Volvariella Volvacea
  • Boleh ditanam menggunakan sisa-sisa pertanian seperti habuk kayu getah, jeramipadi, hampas kapas, batang jagung, atau sabut kelapa sawit
  • Cendawan juga mempunyai kesan penyembuhan yang boleh digunakan dalam bidang perubatan..Contoh: Gonoderma Lucidam
..
 

Khasiat cendawan

Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Namun tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga cendawan yang beracun.
..
Cendawan boleh dimakan segar sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di pasaran.Antara jenis-jenis cendawan yang biasa kita lihat dan makan ialah cendawan tiram, cendawan telinga kera atau jeli hitam, cendawan kukur, cendawan shiitake, cendawan butang, cendawan enoki, cendawan jarum emas dan banyak lagi (sekadar menyebut beberapa nama).
..
Namun selain daripada rasanya yang sedap dan menyelerakan, tidak ramai daripada kita yang benar-benar mengetahui khasiat tumbuhan ini terutama dari segi perubatan. Berdasarkan kajian, banyak pihak termasuk Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan, contohnya cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune.
..
Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.
.
Cendawan kukur merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
..
Selain itu, cendawan Jarum Emas dikatakan merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan system imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Selain agen anti radangan dan aktiviti pelindung gen – menghalang kerosakan DNA.
..
Cendawan Hericum erinaceum atau cendawan Bunga Kobis dikatakan dapat membantu merangsang factor pertumbuhan saraf serta berpotensi untuk membantu merawat penyakit saraf seperti trauma saraf akibat strok dan juga peyakit Alzheimer, membantu menguatkan otot, gerak balas motor dan fungsi kognitif, membantu merawat ulser perut serta membantu meningkatkan system imuniti.
...
Jenis cendawan tiram pula iaitu Abalome atau nama saintifiknya Pleurotus cystidiosus, Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju ( tiram kelabu) dikatakan berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan system imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bacteria, menghalang pertumbuhan tumor dan agen anti oksida...
Cendawan Tiram Kelabu juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.
...
Manakala cendawan Ling Zhi dalam bahasa Cina atau dikenali sebagai Reishi dalam bahasa Jepun merupakan sejenis cendawan daripada keluarga polyporaceae terkenal dengan nilai perubatannya yang tinggi. Nama saintifik Ling zhi ialah Ganoderma lucidium.
..
Cendawan Ling zhi secara semula jadi tumbuh liar di dalam hutan di mana jumlahnya sangat sedikit dan sukar didapati. Ling zhi adalah mikroorganisma berkhasiat semula jadi yang ajaib. Hanya spesis terbaik sahaja yang akan memberikan keberkesanannya kepada kesihatan kita dan mengubati pelbagai penyakit.
..
Di antara khasiatnya ialah melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, mengawal atau melawan usus, tonik untuk selesema, mengawal tekanan jantung, menghilangkan batuk, mengeluarkan kahak, mententeramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung.
..
Cendawan Butang kaya dengan vitamin dan galian. Cendawan ini mengandungi vitamin B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah bebas kolesterol, lemak dan natrium. Cendawan ini juga mempunyai jumlah tenaga yang amat rendah iaitu lima cendawan butang bersaiz sederhana bersamaan hanya 20 kalori.
..
Sama seperti epal dan ubi kentang, cendawan ini mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Apabila dihiris dan didedahkan kepada udara selama 10 minit tau lebih, cendawan ini menjadi lembik, menukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya.
..
Cendawan Shiitake segar atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai masakan di banyak negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawah berubah warna. Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat.
..
Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Walaupun ada yang menganggap cendawan shiitake sebagai sayuran namun sebenarnya cendawan shiitake adalah sejenis kulat yang tidak ada akar, bunga atau biji. Terdapat pelbagai khasiat dan nilai perubatan cendawan shiitake. Antaranya, pelbagai asid amino, banyak vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niasin.
..
Kajian mendapati bahawa kebaikan cendawan shiitake adalah disebabkan bahan aktif lentinan yang terdapat di dalamnya. Antara nilai perubatan cendawan shiitake adalah kebolehannya untuk memberi tenaga kepada system imun, menguatkan kebolehan system imun bagi menentang jangkitan dan penyakit.
..
Malah dikatakan lentinan menunjukkan daya efektif yang tinggi daripada sesetengah ubat terutamanya bagi menentang influenza dan penyakit lain. Ia juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara, merencat kejadian semula kanser, meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfusit dan makrifaj melawan bacteria, virus, sel tumor dan toksin.

Thursday, June 25, 2009

Hasil keluar

Assalamualaikum,alhamdulillah dengan hasil titik peluh kami akhirnya bongkah kami mula mengeluarkan hasil.Sekarang cendawan2 kami sudah mula di jual ke kedai2 makan, kawan2 dan juga ke kedai runcit..ni antara gambar bongkah2 cendawan yang sudah mengeluarkan hasil....selepas nih,kami bercadang menambahkan lagi bongkah2 cendawan bagi memenuhi permintaan2 pembeli cendawan kami




Tuesday, June 23, 2009

sejenak di bangsal zurynaz agro

alhamdulillah,akhirnya berjaya juga kami membina bangsal baru kami. Kapasiti bangsal baru kami boleh memuatkan 5000 bongkah cendawan.gambar2 dibawah adalah gambar2 bangsal.